BERLIN – Jepun dijangka diisytiharkan sebagai juara kelayakan Piala Dunia 2026 di Korea Utara selepas badan induk bola sepak, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata Sabtu bahawa perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Berita itu muncul selepas Konfederasi Asia berkata Korea Utara mahu memindahkan perlawanan yang dijadualkan Selasa ke venue berkecuali kerana “keadaan yang tidak dapat dielakkan”.

FIFA berkata: “Dengan ketiadaan venue alternatif tuan rumah yang disahkan oleh DPRK FA dan kekurangan ruang dalam kalendar untuk menangguhkan perlawanan ini, Biro memutuskan bahawa perlawanan kelayakan tidak boleh diadakan atau dijadualkan semula.

“Selain itu perkara dan keputusan perlawanan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FIFA”.

Jepun memenangi perlawanan pertama 1-0 di laman sendiri pada Khamis. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast