KUALA LUMPUR – Kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang diterajui pengerusinya, Datuk Hans Isaac dalam menjaga padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah membuatkan kesabaran peminat bola sepak negara sampai ke kemuncaknya.
Apatah lagi, ketika aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman semalam, insiden padang tercabut kembali berulang dan menjadi viral di laman media sosial.
Kejadian yang terus berulang itu menyebabkan peminat bola sepak tanah airĀ marah dan kecewa kerana isu yang sama sekali lagi terjadi ketika pasukan negara beraksi di SNBJ.
Tinjauan di laman media sosial menunjukkan ada peminat yang melancarkan petisyen yang meminta Hans Isaac dan barisan pengurusan PSM agar segera meletak jawatan.
Antara sebab mengapa petisyen tersebu dilancarkan adalah kerana pihak pengurusan dianggap gagal dalam menjaga serta memastikan padang SNBJ berada dalam keadaan terbaik untuk digunakan bagi tujuan skuad kebangsaan.
Pada perlawanan semalam, impiuan untuk melihat Malaysia bangkit daripada kekalahan minggu lalu tidak kesampaian selepas tewas 0-2 di tangan Oman.
Dengan kekalahan kedua berturut-turut yang dialami, skuad negara kini menghuni tangga ketiga dengan enam mata manakala Oman ditangga kedua hasil sembilan mata diperoleh. – MalaysiaGazette