Maritim Malaysia bersama pasukan bersepadu memulakan fasa kedua pencarian kotak hitakm milik helikopter AW139 yang melakukan pendaratan cemas di Perairan Pulau Angsa 5 Mac lalu.

KUALA LUMPUR – Pencarian kotak hitam helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memfokuskan kawasan antara 50 sehingga 100 meter radius berpandukan isyarat daripada pinger.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kotak hitam berkenaan dipercayai berada di sekitar 700 hingga 800 meter dari kawasan pendaratan cemas helikopter tersebut.

“Mengikut laporan yang diterima, para penyelam berhadapan kesukaran untuk mencari kotak hitam itu disebabkan keadaan arus deras di dasar laut selain jarak penglihatan di dalam air yang terhad akibat dasar laut yang berlumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Maritim Malaysia bersama pasukan bersepadu memulakan fasa kedua pencarian kotak hitakm milik helikopter AW139 yang melakukan pendaratan cemas di Perairan Pulau Angsa 5 Mac lalu.

Menurut Hamid, seramai 21 penyelam Maritim Malaysia terlibat dalam fasa kedua pencarian kotak hitam itu.

Misi pencarian itu turut melibatkan kru sonar PHN TLDM, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd., ujarnya.

Tambah beliau,  fasa pertama pencarian kotak hitam pesawat berkenaan dilaksanakan bermula 6 Mac hingga 24 Mac lalu.

“Kita telah memberi fokus pencarian kepada lokasi di sekitar 1 kilometer radius di kawasan helikopter terbabit melakukan pendaratan cemas,”

Misi pencarian itu turut melibatkan kru sonar PHN TLDM, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd.

Sementara itu, beliau memberitahu, Maritim Malaysia positif akan menjumpai kotak hitam berkenaan dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini kotak tersebut dikesan. – MalaysiaGazette