Pemilik Capal Cap Kancil Emas, Abdul Wahab Syamaruddin menyiapkan tempahan capal pelanggannya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Capal merupakan alas kaki tradisional masyarakat Melayu pada ketika dahulu dan masih releven pada masa kini kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Ia kemudian menjadi popular di kalangan bangsawan Melayu pada satu masa dahulu, malah ia kekal dipakai dalam kehidupan seharian pada era 1980-an.

Biarpun pada masa kini tidak banyak dijual seperti kasut-kasut lain yang menjadi kegemaran anak muda, namun selain dipakai kaum Adam pada pagi syawal capal turut digunakan pada majlis-majlis lain seperti majlis perkahwinan.

Capal Kancil Emas dimiliki sepenuhnya Abdul Wahab Syamaruddin yang kini kian sibuk menyiapkan tempahan pelanggan dari dalam dan luar negeri. Perniagaan yang dahulunya milik bapanya, kini turun kepadanya.

Permintaan terhadap capal kembali meningkat menjelang Ramadan dan kini menerima tempahan kira-kira 800 pasang daripada pelanggan yang rata-rata ingin menggayakannya pada Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Dengan harga serendah RM25 sepasang capal boleh dimiliki untuk kanak-kanak dan RM65 sepasang untuk lelaki dewasa.

Pekerja Capal Kancil Emas, Irwansyah Mansurdin menyiapkan tempahan dari pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.
Pekerja Capal Kancil Emas, Irwansyah Mansurdin menampal tali muka menggunakan paku kecil payung bagi menyiapkan tempahan dari pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.
Pekerja Capal Kancil Emas, Irwansyah Mansurdin, sedang menyiapkan tempahan dari pelanggan sempena Aidilfitri menjelang tidak lama lagi di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.
Pekerja Capal Kancil Emas, Irwansyah Mansurdin menyiapkan tempahan dari pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.
Pekerja Capal Kancil Emas, Irwansyah Mansurdin menyiapkan tempahan dari pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.
Pemilik Capal Cap Kancil Emas, Abdul Wahab Syamaruddin menyiapkan tempahan dari pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.

Capal yang telah siap hasil tangan dari Capal Kancil Emas di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.
Pemilik Capal Cap Kancil Emas, Abdul Wahab Syamaruddin menyerahkan capal yang telah siap kepada pelanggannya dari luar negeri menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.
Capal Kancil Emas mampu menyiapkan tempahan dari pelanggan sebanyak 500 pasang menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.