KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memperkenalkan saluran Whatsapp aduan dengan nombor 019 355 5215 untuk memudahkan orang ramai membuat aduan berhubung salah laku penguat kuasa.

Orang awam hanya perlu menaip Aduan Salah Laku dan diikuti dengan nama pengadu, alamat /nombor telefon atau e-mel untuk dihubungi, agensi yang diadukan, butiran aduan beserta lampiran bukti (foto/video/dokumen).

Talian ini hanya akan menerima aduan secara bertulis dan akan memberikan makluman penerimaan aduan tersebut secara automatik sementara ia dirujuk dan diproses lanjut bagi kelulusan awal sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Suruhanjaya.

Masa bagi operasi talian ialah pada waktu bekerja Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang.

Selain saluran ini, suruhanjaya masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran yang sedia ada iaitu Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) di Portal EAIC, e-mel [email protected] dan secara bersemuka di Kaunter Aduan & Pusat Khidmat Pelanggan EAIC di Aras G, Menara Usahawan, No. 18, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62652 Putrajaya.

Penambahan saluran baharu ini akan membolehkan orang awam menyalurkan aduan dengan cepat, mudah dan efektif supaya tindakan segera boleh diambil oleh suruhanjaya ini. – MalaysiaGazette