KUANTAN – Polis mengesahkan sedang melakukan siasatan lanjut berhubung isu KK Mart Cawangan Sungai Isap dilempar bom petrol pada 30 Mac lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan empat individu berhubung kes berkenaan termasuk pengadu dan beberapa saksi yang ada.
“Siasatan akan dijalankan dari semua sudut termasuk memeriksa rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.
“Ia berikutan semakan melalui CCTV premis KK Mart gagal menemui sebarang petunjuk berhubung kejadian termasuk suspek,” katanya.
Yahaya berkata demikian ketika ditemui pada Program Pencegahan Jenayah – Walkabout Ketua Polis Pahang di Bazar Ramadan Mahkota Square Taman Kerang hari ini.
Beliau turut mengarahkan anggota unit kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk meningkatkan rondaan di premis-premis kedai serbaneka sekitar Pahang.
Untuk rekod 17 premis kedai serbaneka itu termasuk dia stor di seluruh negeri ini. – MalaysiaGazette