Foto: IPD Machang

KOTA BHARU – Polis menahan dua lelaki kerana menjual pelbagai mercun dan bunga api tanpa permit sah dianggar bernilai RM1,730 di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Machang, Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata, kedua-duanya yang berusia 18 dan 51 tahun ditahan semasa anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap gerai mereka.

Beliau berkata, mereka kini direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

“Polis meminta orang ramai mengelak daripada terlibat dalam sebarang kegiatan penjualan mercun dan bunga api tanpa permit yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast