ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

KUANTAN – Seorang pelayan restoran maut setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dari arah belakang di Jalan Pintasan Kuantan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Buse berkata, mangsa, Muhammad Zharif Abd Aziz, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah.

Bagaimanapun pemandu dan kalindan lori tidak mengalami kecederaan.

“Dalam kemalangan pada jam 11 malam tadi  ia membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran dengan Tangki Air Semambu.

“Siasatan awal dapati, pemandu lori dari arah Gambang  hendak menghala ke Kemaman.

“Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, semasa bergerak lurus di lorong kiri, tiba-tiba datang motosikal dari arah yang sama telah bergesel pada bahagian sisi tayar belakang kiri lori,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast