KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan komersial di SS6 Kelana Jaya, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 2.50 petang.
Katanya, seorang pekerja sebuah kedai serbaneka terlihat wanita itu terjatuh di bahagian lobi.
“Berdasarkan semakan, wanita berkenaan berusia 37 tahun dan bekerja sebagai perancang perkahwinan.
“Polis turut menemui sekeping nota disyaki milik wanita itu di lokasi,” katanya.
Shahrulnizam berkata, siasatan juga mendapati wanita terbabit dipercayai mengalami masalah berkaitan kerja.
“Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
“Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian,” ujarnya. – MalaysiaGazette