Keadaan Toyota Hilux yang hangus terbakar 100 peratus dalam kejadian semalam di Damansara.- Gambar ihsan IPD PJ.

KUALA LUMPUR – Polis giat memburu dua suspek lelaki yang disyaki melakukan khianat menyimbah minyak petrol dan membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda di  Kampung Sungai Kayu, Ara Damansara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pengadu mengenai insiden khianat itu.

Mangsa lelaki berusia 56 tahun bekerja sebagai kontraktor meletakkan kereta jenis Toyota Hilux miliknya di situ dalam keadaan baik dan dikunci.

“Bagaimanapun pada 11.45 malam, dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di bahagian hadapan kereta itu dan terus menuang cecair disyaki petrol sebelum kereta itu terbakar.

“Semasa kejadian itu berlaku, mangsa tiada di dalam kereta dan pemeriksaan ke atas kamera litar tertutup di lokasi mendapati dua lelaki dilihat melakukan perbuatan khianat itu,” katanya ketika dihubungi tengah malam tadi.

Keadaan Toyota Hilux yang hangus terbakar 100 peratus dalam kejadian Sabtu lalu di Damansara.Ihsan IPD PJ

Tambah Shahrulnizam, siasatan lanjut mendapati mangsa tidak pernah bermusuh dengan sesiapa serta tidak mengesyaki mana-mana pihak.

“Kertas siasatan dibuka bertindak atas aduan mangsa dan kes sedang disiasat di bawah  Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast