Baginda Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap pemimpin politik di Istana Negara hari ini.Kredit foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti UMNO dan DAP di Istana Negara hari ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh merupakan empat pemimpin politik yang hadir menghadap baginda Sultan Ibrahim pagi tadi.

Sultan Ibrahim menerusi kenyataan rasmi di Facebook bertitah sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

Baginda Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap pemimpin politik di Istana Negara hari ini.Kredit foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan bukannya perpecahan. Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni.

“Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrem dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman. Bukan hanya UMNO dan DAP tetapi juga semua parti,” titah baginda.

Sri Paduka Baginda juga bertitah agar semua pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang.

Baginda Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap pemimpin politik di Istana Negara hari ini.Kredit foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara.

“Perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titah Seri Paduka Baginda.-MalaysiaGazette