12 motosikal kumpulan remaja disita selepas melakukan kesalahan mengubahsuai ekzos bising dan mengganggu ketenteraman penduduk setempat di Aampang awal pagi Syawal.- Gambar ihsan IPD Ampang Jaya.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan remaja yang menghabiskan masa pada malam raya dengan aktiviti bermotosikal yang menjadi punca bunyi bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk akhirnya menerima padah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menahan mereka semasa melaksanakan operasi samseng jalanan bermula sekitar 12 tengah malam tadi dan berakhir pada 4 pagi tadi.

“Hasil operasi oleh pasukand polis Bahagian Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya itu berjaya menyita 12 buah motosikal yang digunakan oleh golongan remaja itu.

“Pemeriksaann lanjut polis mendapati kesemua motosikal itu telah diubahsuai pada struktur ekzos dan struktur kenderaan lainnya,” katanya pada hari ini.

12 motosikal kumpulan remaja disita selepa melakukan kesalahan mengubahsuai ekzos bising dan mengganggu ketenteraman penduduk setempat di ampang awal pagi Syawal.Ihsan IPD Ampang Jaya

Tambah Mohd Azam, dalam operasi sama pasukan trafik turut mengeluarkan sebanyak 67 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik.

“Sepatutnya penghujung bulan Ramadan dengan aktiviti yang berfaedah bukan diisi dengan aktiviti bunyi bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara, penyitaan 12 motosikal itu dilakukan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama kerana kesalahan mengubahsuai ekzos bising dan truktur lain pada motosikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast