Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama para jemaah selepas menunaikan solat jumaat pada jamuan Hari Raya di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 12 APRIL 2024.

HULU SELANGOR – Lebih 2,000 penduduk Batang Kali menyambut ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri dan menunaikan solat Jumaat, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri pada jam 12.20 tengah hari disambut bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri, Borhan Aman Shah dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan .

Sejurus selepas menikmati juadah hari raya, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Utama Batang Kali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada jamuan Hari Raya dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 12 APRIL 2024.

Mereka yang menunaikan solat di masjid tersebut kemudian tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan Perdana Menteri- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast