Foto: JBPM
LUNDU – Mangsa yang hilang dalam tragedi kepala air di kawasan air terjun Kampung Sebat, Sematan ditemui mati oleh penduduk kampung pada pagi ini.
Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, setiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa kedua tragedi itu berada di celah timbunan pokok dan ranting kayu di tepi sungai.
“Lokasi di jumpai 100 meter dari kawasan terakhir mangsa dipercayai lemas,” katanya sambil menambah mayat ditemui pada jam 7.16 pagi.

Semalam, dalam insiden itu, seorang lelaki maut manakala seorang lagi hilang dikhuatiri lemas manakala dua  agi diselamatkan orang kampung.

Air Terjun Kampung Sebat, yang terletak di Kampung Sebat Dayak, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya Kuching merupakan kawasan tarikan pelancongan dan riadah yang semakin popular.
Menurut kenyataan itu, operasi pencarian ditamatkan pada jam 8.42 pagi. – MalaysiaGazette