KOTA TINGGI – Seorang wanita bersama bayi perempuan maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan lori tangki di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar, dekat Taman Sri Penawar, di sini, semalam.
Selain itu, dua lelaki dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan itu manakala pemandu lori tidak cedera.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 1.38 tengah hari.
Katanya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori tangki.
Katanya, penumpang kereta Perodua Myvi iaitu seorang wanita bersama seorang bayi perempuan tersepit di bahagian penumpang dan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.
Namun jelas beliau, kedua-dua mangsa itu disahkan meninggal dunia di lokasi kajadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. – MalaysiaGazette