Noor Azleen Ambros

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis sebagai menggesa siasatan dibuat terhadap seorang individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial yang menggunakan akaun Hezry Yassin.

Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan membuat laporan tersebut polis berhubung kandungan yang dimuatnaik itu bermula hari ini.

Kenyataan yang dimuat naik seorang individu didakwa menghina Agong .

 

Azleen menyifatkan, perkongsian yang dibuat oleh individu ini melampau kerana ia boleh memecah-belahkan hubungan sesama sendiri.

Ia kerana, katanya, amalan mendoakan ketua agama dan pemerintah di Johor merupakan kunci kesejahteraan dan keamanan negeri serta seluruh rakyat yang dilakukan sejak dahulu lagi.

“Amalan ini bukan sekadar menjadi rutin setiap kali selepas solat Jumaat, malah ia merupakan rutin wajib selepas solat fardhu setiap waktu di masjid dan surau di seluruh negeri ini,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast