Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

KUALA LUMPUR – Pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dicadangkan supaya menggunakan mesin pengimbas di pintu masuk bagi memudahkan pengesanan barang-barang larangan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan orang awam.

Cadangan itu antara perkara yang dibincangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pengendali KLIA bagi menjamin keselamatan di pintu masuk udara negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

“KLIA ada dua kawasan iaitu ruang udara dan ruang darat, yang mana ruang udara dilarang untuk akses tetapi ruang darat dibuka kepada awam. Jika ada mesin imbasan seperti negara lain di pintu masuk, kita senang untuk kesan dan tahan individu yang bawa masuk bahan larangan atau ancam awam seperti mercun atau letupan.

“Selain itu, laluan yang terletak berhampiran dengan pintu masuk ke Balai Pelepasan dan Balai Ketibaan KLIA juga sepatutnya tidak boleh dibuka kepada awam, bayangkan selepas turun dari kereta hanya tiga empat langkah kamu tiba ke pintu utama dan masuk ke dalam lapangan terbang.

“Ini cadangan polis dari dulu lagi, kita tidak mahu orang awam masuk menggunakan pintu berhampiran sangat dengan laluan masuk lapangan terbang kerana berisiko tinggi. Dari aspek keselamatan, ia perlu dikaji semula supaya kawalan keselamatan lebih ketat,” katanya dalam sidang media di IPD KLIA hari ini.

Contoh Scooter yang dijangka diterima oleh KOntinjen Polis Selangor daripada kerjaaan negeri Selangor dalam masa terdekat.Gambar Hiasan

 

Dalam perkembangan sama, Hussein juga menambah, Polis Kkontinjen Selangor juga akan menambah baik perkhidmatan polis dalam mengawal keselamatan dengan perolehan ‘Self Control Scooter’.

Katanya, ia telah dirancang sejak awal tahun lagi dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membelikan aset-aset itu untuk kegunaan Polis Kontinjen Selangor.

“Apabila dapat nanti dalam masa terdekat, maka lebih cepat respons polis serta lebih luas rondaan kawalan polis dalam mencegah jenayah dengan lebih efisien dan holistik,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast