KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 kawasan di Pekan Jenjarum, Banting akan mengalami gangguan bekalan elektrik sementara antara 15 hingga 30 minit secara berperingkat-peringkat susulan pemasangan genset dan penanggalan genset Pencawang Pembahagian Utama (PPU).

Gangguan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam ini, menurut TNB Careline.

Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Taman Desa
2. Kampung Baru Sungai Jarom
3. Taman Yayasan 5
4. Telok Panglima Garang
5. Jalan Raja Busu
6. Taman Makmur
7. Jaromas 1,4,5 & 6
8. Taman Kota
9. Econsave Jaromas
10. Simpang Kampung Jenjarom
11. Sekolah Menengah Jenjarom
12. Jalan Luhur 18
13. Jalan Abu Masmo
14. STP Jaromas
15. Taman Amanah 3
16. Stesen Suis Utama Jaromas
17. Ang Ken Seng
18. PDT Jalan Satria 6 & 58
19. CS Grow Max
20. Sin Kim Hin
21. TPG Industri Park 2
22. Sungai Rambai
23. Timber Top
24. No Problem
25. Peer Mark Properties
26. MTD Jalan Segenting
27. Kien Aik Realty Sdn Bhd
28. Fanta Asli
29. Taman Bersatu
30. Taman Desa Jarum 2

Sebarang kesulitan yang dialami pelanggan semasa kerja-kerja henti tugas ini amat dikesali namun TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan ini berlaku dalam tempoh paling minimum.

Untuk keselesaan para pengguna, TNB mencadangkan agar persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini. – MalaysiaGazette