Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan kepada Raji, bapa kepada adik Tasnim Al-Ulya Amali di Sungai Buloh hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan kepada adik Tasnim Al-Ulya Amali bagi menampung kos perubatannya.

Sumbangan itu dibuat oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi ketika menziarahi Tasnim di kediaman keluarganya di Sungai Buloh.

“Saya dimaklumkan bahawa anak kecil yang baru berusia 3 tahun ini telah diklasifikasi sebagai kurang upaya kekal.

“Bagi meringankan beban yang dihadapi, saya telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos perubatan kepada bapa Tasnim iaitu saudara Raji,” kongsi Anwar melalui hantaran di Facebook.

Perdana menteri itu turut mendoakan semoga urusan Tasnim dan keluarganya dipermudahkan. – MalaysiaGazette