Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) membatalkan beberapa penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan Gunung Berapi Ruang di Utara Sulawesi.

Penerbangan terbabit ialah  MH7420 (Kuala Lumpur-Tawau), MH7421 (Tawau-Kuala Lumpur), MH2612 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2621 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2710 (Kuala Lumpur-Sandakan), MH2711 (Sandakan-Kuala Lumpur).

MH2610 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2611 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH7404 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH7405 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2613 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur).

Selain itu, penerbangan ke/dari Sarawak yang terjejas ialah MH2520 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2513 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2542 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2543 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2574 (Kuala Lumpur-Miri), MH2575 (Miri-Kuala Lumpur), MH2742 (Kuala Lumpur-Bintulu) dan MH2473 (Bintulu-Kuala Lumpur)

Menurut Malaysia Airlines, syarikat penerbangan itu akan memantau keadaan semasa.

“Perkembangan terkini berhubung pembatalan penerbangan akan dilakukan di sini (media sosial) dan dilakukan secara terus kepada pelanggan yang terlibat,” katanya di platform X, hari ini.

Katanya, syarikat penerbangan itu akan menawarkan penerbangan alternatif kepada pelanggan yang terkesan apabila keadaan bertambah baik.

Penumpang digesa mengemas kini maklumat untuk berhubung menerusi My Booking pada laman sesawang Malaysia Airlines untuk menerima maklumat terkini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

Sementara itu, AirAsia Bhd. (AirAsia) turut mengambil langkah sama dengan membatalkan berapa penerbangan antara Kuala Lumpu dan Sabah.

Penerbangan yang terkesan ialah AK5746 (Kuala Lumpur-Tawau), AK5747 (Tawau-Kuala Lumpur), AK9746 (Kuala Lumpur-Tawau), AK9747 (Tawau-Kuala Lumpur), AK5748 (Kuala Lumpur-Tawau), AK5749 (Tawau-Kuala Lumpur), AK5744 (Kuala Lumpur-Tawau), AK5745 (Tawau-Kuala Lumpur).

AK6260 (Kota-Kinabalu-Tawau), AK6261(Tawau-Kota Kinabalu), AK6266 (Kota Kinabalu-Tawau), AK6267 (Tawau-Kota Kinabalu), AK6268 (Kota Kinabalu-Tawau), AK6269 (Tawau-Kota Kinabalu), AK6264 (Kota Kinabalu-Tawau) dan AK6265 (Tawau-Kota Kinabalu)

Menurut kenyataan AirAsia, syarikat telah memaklumkan kepada semua pelanggan yang terkesan dan mereka digalakkan untuk memeriksa e-mel dan telefon bimbit masing-masing bagi notofikasi pembatalan penerbangan itu.

“Pelanggan Airsia yang mengembara ke/dari destinasi yang terkesan digalakkan memeriksa status penerbangan di laman airasia .com/flightstatus,” katanya.

Tambahnya, syarikat penerbangan itu menawarkan pilihan kepada pelanggan yang terkesan untuk menukar tarikh penerbangan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pelepasan asal untuk laluan sama tanpa sebarang bayaran tambahan dikenakan, tertakluk kepada kerusi yang ada.

Selain itu, penumpang juga diberi pilihan menggunakan akaun kredit yang membolehkan mereka menempah penerbangan dengan menebus kredit dalam tempoh 730 hari (dua tahun) daripada tarikh dikeluarkan. – MalaysiaGazette