Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, malam esok.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, malam esok.

Menerusi Facebook beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberitahu, majlis rumah terbuka itu akan bermula pada pukul 8 hingga 10 malam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjemput orang ramai yang berkelapangan untuk hadir ke majlis tersebut.

“Kehadiran anda semua semestinya akan memeriahkan lagi majlis ini serta mampu menyemarakkan lagi jalinan ukhuwah yang sedia terjalin di antara kita semua.

“Insya-Allah! Jumpa esok ya,” tulis beliau di laman sosial itu. – MalaysiaGazette