Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri di Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran cuaca buruk seperti hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku pada sebelah petang sehingga ke awal malam.

Katanya, selain itu, sepanjang tempoh tiga hari tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan dengan taburan hujan berterusan pada sebelah pagi hingga petang dan petang hingga ke tengah malam.

Dalam pada itu, cuaca lembap dan hujan juga berpotensi melanda dikebanyakan tempat di negeri Sarawak terutamanya Kapit dan Limbang serta kawasan pedalaman dan Pantai Barat di Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast