Gambar hiasan

NEW YORK – Media Amerika Syarikat, ABC News melaporkan, Israel melancarkan peluru berpandu dalam serangan balas terhadap Iran awal pagi ini.

Seorang pegawai kanan AS memberitahu ABC News bahawa pelancaran peluru berpandu itu berikutan serangan Iran Sabtu lalu.

Sementara itu The Times of Israel melaporkan, Agensi berita Fars Iran mengatakan bahawa letupan telah kedengaran berhampiran lapangan terbang di bandar Isfahan namum puncanya tidak diketahui.

“Punca bunyi ini masih tidak diketahui, dan siasatan diteruskan sehingga butiran sebenar kejadian itu ditentukan,” kata agensi berita separuh rasmi Fars.

Menurut CNN, beberapa penerbangan telah dialihkan dari ruang udara Iran.

Laporan itu datang beberapa hari selepas Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu dalam serangan balas selepas serangan yang disyaki Israel ke atas perkarangan kedutaannya di Syria membunuh beberapa pegawai Kor Pengawal Revolusi Islam, termasuk dua jeneral.

Kebanyakan dron dan peluru berpandu telah ditembak sebelum sampai ke Israel, yang telah berikrar untuk bertindak balas terhadap serangan Iran.