PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda di Lebuhraya Pasir Gudang, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, DSP Roslan Tahir berkata, mangsa berusia 56 tahun maut di tempat kejadian.

“Punca kemalangan apabila mangsa cuba mengelak daripada melanggar pemandu motosikal lain berusia 64 ketika itu sebelum dia (terbabas).

“Akibat daripada kemalangan itu mangsa mengalami kecedaraan parah di bahagian kepala,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Roslan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette