Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri (PMAC) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Jawatan kuasa ini turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, penubuhan jawatankuasa ini bertujuan memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Mohd Hassan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.

PMO menambah, jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Haaa…Hassan Merican tu bukan penasihat Mahathir dlm Council of Elders kaaa? Yg menasihat Mahathir sampai ekonomi negara jahanam tu dilantik semula? Kat Malaysia ni dah tak ada orang lain kaaa??

Comments are closed.