Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz politician MITI
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto FAREEZ FADZIL, 10 November 2022.

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat permohonan kebenaran hari ini untuk memfailkan afidavit membetulkan fakta tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Afidavit ini berkaitan dengan titah adendum kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan Tengku Zafrul telah memfailkan permohonan kebenaran itu melalui firma Cecil Abraham & Partners kepada Mahkamah Tinggi.

Ia berkaitan secara khusus kandungan afidavit Ahmad Zahid yang dibuatnya pada 9 April lepas dalam prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Najib di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Prosiding Semakan Kehakiman No. WA-25-136-04/2024.

Dalam kandungan permohonan itu, peguam memaklumkan memohon untuk memfailkan  satu afidavit yang akan diikrarkan o1eh Tengku Datuk Sen Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menangani secara khusus pengataan yang terkandung dalam Afidavit Tambahan No. 3 Datuk Seri Ahmad Zahid  Hamidi pada 9hb April 2024 (Kandungan 13) memandangkan terdapat ketidaktepatan fakta yang perlu diperbetulkan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah dan/atau menurut Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah
Mahkamah 2012.

“Untuk rekod, kami juga selanjutnya diarahkan o1eh anak guam untuk mengambil pendirian dalam merit mempertikaikan antara pihak-pihak.

“Anak guam kami hanya ingin memastikan fakta-fakta dikemukakan dengan tepat dihadapan ini secara neutral.

“Kami berharap agar mahkamah akan mempertimbangkan dan membenarkan permohonan kebenaran bertulis inI untuk mein failkan afidavit atas alasan yang dinyatakan di atas alasan yang dinyatakan di atas,” menurut permohonan yang diberikan oleh firma Cecil Abraham & Partners.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, oleh Tengku Zafrul ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu.

Titah adendum itu supaya bekas perdana menteri berkenaan menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, Tengku Zafrul menunjukkan kepadanya salinan titah adendum itu pada telefonnya yang diambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast