KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

Apatah lagi ia berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM.

“Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM.

Sultan Selangor menyifatkan kematian 10 anggota TLDM itu merupakan satu kehilangan besar untuk TLDM dan Malaysia,” titah baginda dalam satu hantaran melalui Facebook.

Baginda turut menzahirkan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan mendoakan mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Beta amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan semoga roh mereka aman serta dicucuri rahmatNya,” titah baginda lagi. – MalaysiaGazette