KUANTAN – Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mohd Radzi Harun berkata, pihaknya mendapati pekebun durian Musang King di Raub yang juga plaintiff terlibat adalah penceroboh.
Menurutnya, sebagai pihak yang menceroboh mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.
Itu keputusan mahkamah hari ini atas permohonan semakan semula kehakiman oleh 186 pekebun durian di Raub terhadap notis arahan pengosongan tanah oleh kerajaan negeri.
Hakim Mohd Radzi juga menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat.
Menurutnya, semua keputusan yang dibuat ke atas tanah milik responden adalah tidak tercemar dengan sebarang kecacatan undang-undang, ketidakrasionalan atau mala fide (niat jahat).
“Berdasarkan pertimbangan, saya dapati keputusan pentadbiran tanah Daerah Raub dan keputusan Pengarah Perhutanan Pahang mengeluarkan notis pengusiran terletak antara kawasan Sungai Chalit. Sungai Klau, Sungai Ruan dan Tranum dalam Mukim Gali dalam Derah Raub dan kawasan Tras, Mukim Tras Raus menurut Seksen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara 1965.
“Sebaliknya, keputusan itu sepenuhnya mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan. Justeru, saya menolak semua perintah yang dimohon oleh semua plaintif dalam kedua-dua permohonan semakan mereka dengan kos,” ujarnya.
Dalam pada itu, hakim juga mencuri perhatian apabila meminum air sebanyak lima kali ketika dalam prosiding hari ini.
Prosiding yang bermula 2.30 petang itu disertai lima jurubahasa, enam orang dari pasukan peguam mewakili responden serta empat peguam plaintif berlansung selama kira-kira sejam setengah juga dijalankan secara fizikal dan hibrid.
Manakala enam lagi peguam mewakili responden dan seorang peguam mewakili Royal Pahang Durian Resources (PKPP) menghadiri prosiding secara aplikasi zoom.
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak permohonan semakan semula kehakiman oleh 186 pekebun durian di sekitar Raub terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Prosiding yang berlangsung selama sejam setengah itu juga membenarkan pihak terlibat masuk ke dalam mahkamah termasuk pengamal media.
Mahkamah seterusnya mengarahkan pihak plantif membayar kos sebanyak RM600,000 kepada enam-enam responden dalam prosiding berjalan selama sejam setengah itu.
Kesemua plaintif merupakan kumpulan pekebun yang memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub kira-kira 170 kilometer dari Kuantan termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.
Mereka terdiri daripada 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos 2020, manakala bakinya membuat permohonan pada 9 September 2020.
Kesemua plantif menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.
Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati prosiding berlangsung dengan kawalan kira-kira 70 anggota polis dan pihak pengursan mahkamah untuk pendaftaran media mengikuti keputusan mahkamah kes tersebut. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Mahkamah Tinggi Kuantan tolak permohonan semakan semula kehakiman 186 pekebun Musang King