Syed Ibrahim Syed Ahamad (kiri) ketika menghadiri Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-60 di Sarawak baru-baru ini

KUANTAN – Sebanyak 70 tahfiz dan pondok daripada 199 instutusi pendidikan agama di negeri yang masih belum berdaftar kerana gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed ibrahim Syed Ahmad berkata, kegagalan institusi tersebut berbuat demikian tidak melayakkan mereka menerima sebarang peruntukan dari kerajaan negeri.

”Pendaftaran tersebut gagal dilakukan disebabkan beberapa faktor berkaitan termasuk isu permohonan, pihak berkuasa tempatan (PBT), silibus pengajian, kesihatan, keselamatan dan isu tanah pusat berkenaan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Justeru Syed Ibrahim berharap pemilik pusat pondok dan tahfiz menyegerakan pendaftaran bagi membolehkan mereka mengembangkan dakwah dan mendapat pelbagai inisiatif daripada kerajaan negeri ini.

Mengulas lanjut katanya, Pahang telah memperuntukkan lebih RM12 juta dalam usaha membantu institusi pondok dan tahfiz berdaftar di negeri ini, tidak termasuk tahfiz kerajaan negeri sebanyak 28 buah di pelbagai peringkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast