KUALA LUMPUR – Seramai 52,442 orang penjawat awam akan terlibat dalam penstrukturan semula akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkuat kuasa 11 Mei 2024, kata Jabatan Perkhidmatan Awam.
Baru-baru ini, KWSP mengumumkan penstrukturan akaun kepada tiga berbanding dua sebelum ini.
Penstrukturan itu melibatkan Akaun Persaraan (Akaun 1) yang dinaikkan kepada 75% berbanding 70 peratus sebelum ini.
Akaun Sejahtera (Akaun 2) yang diperuntukan sebanyak 30% dikurangkan kepada 15%.
Manakala Akaun Fleksibel (Akaun 3) diwujudkan dengan caruman 10%, jika terdesak dan kecemasan.
JPA berarap inisiatif murni oleh Kementerian Kewangan dan KWSP ini dapat menjaga kesejahteraan rakyat seiring dengan semangat madani. – MalaysiaGazette
Penstrukturan akaun KWSP: Simpanan Akaun Fleksibel boleh keluar bila-bila masa















