Ridhuan Tee Abdullah
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak perlu melakukan kempen terdesak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang mempertikaikan kelayakan akademik calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.
Professor di Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, ini kerana tindakan itu seperti menyerang dan menghina universiti yang mengeluarkan ijazah tersebut.
“Kempen Desperado PH PRK KKB mempertikaikan ijazah calon PN. Kalau pun takut sangat kalah tidak perlulah buat serangan peribadi terhadap calon PN, terutama ijazah yang dimiliki.
“Nampak sangat jahil dan naif. Menampakkan kebodohan pemimpin PH yang membuat serangan tersebut.
“Bila kamu serang PN sebegitu bermakna kamu telah menyerang dan menghina universiti yang mengeluarkan ijazah tersebut, UMP.
“Jika masih bodoh, eloklah kita pandaikan agar tidak terus bodoh. Apa itu eksekutif program? Apa beza dengan akademik program?,” tulisnya di Facebook miliknya di sini.
Mohd. Ridhuan menambah, eksekutif program adalah saluran pendidikan alternatif bagi mereka yang tidak memenuhi syarat kemasukan untuk program perdana namun mempunyai pengalaman kerja dan ingin meningkatkan taraf pendidikan.
Katanya, melalui program seumpama ini, pemain industri layak diberi peluang untuk meningkatkan kompetensi, kerjaya dan pendapatan.
Malah program ini juga berjaya memupuk budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kalangan pemain industri di Malaysia.
“Ternyata, calon PN layak dan perlu diiktiraf ijazahnya. UMP yang terlibat dan Universiti Awam lain sepatutnya segera mengeluarkan kenyataan. Jangan turut sama berpolitik. Berdosa.
“Baiklah, elok kita nyatakan di sini ap aitu program eksekutif sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana
“Pertama, kos Pengajian eksekutif program adalah murah berbanding akademik program.
“Kedua, syarat kemasukan eksekutif Program (lulus SPM dan mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja) sangat flexible berbanding akademik Program (minimum 3 kredit SPM). Mereka yang ada diploma boleh terus sambung hingga ke peringkat sarjana.
“Ketiga, tempoh pengajian eksekutif Program adalah lebih singkat berbanding akademik program. Keempat, jumlah jam kelas pengajian eksekutif Program lebih rendah berbanding akademik program.
“Kelima, Eksekutif program direka bentuk oleh universiti untuk keperluan industri dan diluluskan oleh Senat Universiti, tetapi tidak digubal untuk kelulusan MQA atau JPA.
“Manakala akademik program mengikut keperluan MQA atau JPA. Senat adalah badan tertinggi sesebuah universiti. Bila sesuatu ijazah itu telah diluluskan, bermakna ia telah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya,” tulisnya.
Mohd. Ridhuan memberitahu, ramai pegawai tentera (juga polis), termasuk panglima-panglima mereka, tidak ketinggalan, Naib Canselor (bekas), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), mereka tidak ada ijazah asas (first degree), ada diploma.
“Mereka terus ‘melompat’ membuat ijazah sarjana eksekutif daripada Universiti Awam dan juga Universiti luar negara. Jika tidak diiktiraf, bagaimana mereka boleh jadi Naib Canselor, sedangkan jawatan itu adalah jawatan ‘paling tinggi’ di UA (US).
“Keenam, Modul pembelajaran eksekutif program diringkaskan besesuaian untuk keperluan pekerjaan atau industri. Manakala modul akademik program adalah examination based content.
“Jadi, apa masalah dengan calon PN tersebut. Sepatutnya, calon PN tidak perlu malu alah apabila ditanya wartawan. Terus sahaja jawab, ini program Universiti Awam (UMP) yang diiktiraf oleh kerajaan. Menghina ijazah ini bermakna menghina Universiti dan seluruh kakitangan Universiti, terutama canselor, naib canselor, timbalan-timbalan dan seluruh universiti terbabit. Boleh buat laporan polis ni.
“Ketujuh, kelulusan eksekutif program boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan kenaikan pangkat dalaman manakala Kelulusan akademik program boleh diguna pakai untuk tangga gaji di bawah JPA.
“Kelapan, Graduan lulusan eksekutif program akan mendapat peluang untuk peningkatan pangkat dan pembangunan kerjaya. Manakala, Graduan lulusan akademik program berupaya mencari pekerjaan selepas tamat kursus.
“Kesimpulannya, berkempen secara baik dan hikmah. Bertandinglah secara anak jantan, jangan buat serangan peribadi, lebih-lebih serangan tersebut amat naif dan terserlah kebodohannya. Saya pun nak tahu juga latar belakang calon PH peringkat rendah dan menengah, yang tidak dicatatkan, datang dari SJKC ke? UEC ke? Atau apa?” katanya.

Sementara ituk Khairul Azhari hari ini menganggap pertikaian kesahihan taraf pendidikannya selesai selepas Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Advance mengesahkan lanjutan pengajiannya di institusi itu.

Beberapa pihak termasuk pemimpin UMNO kemudian mempersoalkan kelayakan pendidikan calon PN itu yang memperoleh diploma eksekutif pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019 dan dua tahun kemudian mendapat ijazah sarjana eksekutif dari UMPSA.

Pemegang diploma dilaporkan boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat sarjana eksekutif di UMPSA dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan pengalaman kerja yang telah ditetapkan serta pemohon perlu melepasi pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (Rope) di institusi pengajian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Wah…si Mualaf ni kakitangan kerajaan kah atau bekerja sendiri? Sesuka hati jaa menghentam kerajaan di media sosial? VC Unisza tido kaaaa?? ker KPT yg tido??

Comments are closed.