Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya

PUTRAJAYA Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan geran latihan bagi perlaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) KESUMA-MITRA yang akan merangkumi dana sebanyak RM10 juta di bawah HRD Corp.

Menurut KESUMA, Dana tersebut akan disalurkan kepada program-program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India yang akan diterajui oleh KESUMA, menerusi HRD Corp, dan dengan kerjasama MITRA.

“Inisiatif ini akan menekankan latihan di bidang bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara. Ini selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran Keberhasilan dan Kebajikan pekerja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, maklumat lanjut mengenai program-program latihan di bawah MISI KESUMA-MITRA akan diumumkan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast