Al-Sultan Abdullah bertitah pada Istiadat Pembukaan Dewan dan Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 Dewan Negeri Pahang di hadapan Dewan Negeri Wisma Sri Pahang, hari ini.

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus menzahirkan keprihatinannya kepada komuniti dengan membantu penduduk Kampung Lama Orang Asli Leboh,  Kangkar Senangar, Parit Sulong mendapatkan sumber bekalan air bersih.

UTHM menerusi kenyataan memberitahu, lapan staf akademik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan lapan staf dari Pejabat Pengurusan Makmal, UTHM Kampus Cawangan Pagoh bersama kumpulan eksekutif muda yang dikenali sebagai Young Water Profesionals daripada Ranhill SAJ telah terlibat dalam khidmat komuniti tersebut.

“Bagi merealisasikan misi tersebut, staf yang terlibat telah turut serta dalam menjayakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pam Air oleh Ranhill SAJ Sdn. Bhd. dan sesi pemindahan ilmu penyeleggaraan sistem penapisan air kepada penduduk kampung terbabit.

“Pam air tersebut merupakan InKind daripada pihak Ranhill SAJ kepada penduduk kampung berikutan pam sebelumnya mengalami keroskan beberapa bulan yang lepas,” menurut kenyataan.

Dengan kolobrasi itu ia dapat membantu penduduk kampung tersebut menikmati sumber air bersih semula setelah beberapa bulan pam air sebelum ini tidak dapat digunakan.

Sementara itu, program pemindahan ilmu berkaitan kaedah penyelenggaraan sistem penapisan air juga telah diadakan dengan menjemput penceramah program, Dr Mimi Suliza Muhamad.

Jelas Dr Mimi, kerosakan pam air sedia ada telah menyebabkan tangki penapis tidak dapat beroperasi dan menjadi kotor akibat kekotoran yang bertakung lama.

“Pam air yang diserahkan telah dipasang oleh kontraktor yang berkaitan dan aktiviti pembersihan serta penyelenggaraan tangki penapisan dijalankan oleh staf UTHM bersama Ranhill SAJ,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Khidmat komuniti seperti ini diharapkan dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama antara UTHM dan Ranhill SAJ dalam membantu menyelesaikan masalah komuniti,” jelas kenyataan itu.-  MalaysiaGazette