Foto Facebook Faisal Halim.

KUALA LUMPUR – Keadaan pemain kebangsaan Faisal Halim kini semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Shahril berkata, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid pada petang Ahad lalu.

“Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini,” kata Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan bagi merawat lecur tahap empat. – MalaysiaGazette

Sementara itu, stesen radio Hot FM akan menganjurkan Solat Hajat buat pemain bola sepak kebangsaan itu esok.

Menurut hantaran itu, Solat Hajat berkenaan akan diadakan di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya selepas solat Isyak. – MalaysiaGazette