Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin semasa temubual di Wisma FAM, kelana jaya, selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 07 MEI 2024.

PETALING JAYA – Datuk Hamidin Mohd Amin optimis dan berkeyakinannya skuad  Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Kim Pan Gon mampu melakar sejarah dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaysia akan berentap dalam dua lagi playoff berdepan dengan Kyrkystan dan Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun nanti.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia itu berkata, walaupun skuad kebangsaan telah merekodkan dua kekalahan dan dua kemenangan dalam aksi sebelum ini, anak buah Pan Gon masih berpeluang untuk melakar kejutan.

“Kita mestilah nak pergi dan cipta satu lagi sejarah mara ke pusingan ketiga kerana Malaysia tidak pernah layak pusingan ke-3 aksi kelayakan Piala Dunia, yang mana secara automatik layak untuk berentap pada Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

“Lagipun, kita pernah mengalahkan Kyrkystan sebelum ini tetapi kali ini kita akan berentap di tempat lawan iaitu di Kyrkystan tapi kita optimis boleh menang kerana perlawanan tersebut akan jadi turning point,” katanya dalam temubual bersama MalaysiaGazette di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Bagaimanapun, katanya, dalam dua perlawanan itu, penyerang kebangsaan Muhammad Faisal Abdul Halim tidak dapat bersama-sama ekoran serangan asid oleh individu tidak dikenali pada petang Ahad lalu.

Pun begitu, kata Hamidin, ketiadaan pemain penting itu tidak akan mematahkan semangat pasukan sebaliknya tetap optimis skuad Pan Gon boleh beraksi dengan baik dan cipta tiga mata penting untuk mara, lantas mencerahkan peluang ke pusingan ketiga.

Menurut beliau, baki dua perlawanan pusingan kelayakan piala dunia itu sangat penting untuk skuad kebangsaan dan mengambil serius memandangkan mereka pernah tewas dua dan menang dua kali sebelum ini.

Beliau tidak mahu skuad Kim Pan Gon mengharungi pusingan sukar dan berisiko sekiranya gagal menawaskan Kyrkystan nanti.

“Kalau kita kalahkan Kyrkystan, ia boleh dianggap bonus dan kita memang memasang impian untuk layak. Andai kata kita tak dapat kalahkan Kyrkystan, kita akan focus pusingan akhir dan akan mencari enam lagi slot aksi seperti di Bukit Jalil.

“Tetapi ia memang satu jalan yang berisiko yang kami tidak mahu hadapinya. Jadi kita akan pergi sana (Kyrkystan) dan usaha untuk kalahkan team itu untuk mara ke pusingan ketiga,” tegasnya.

Untuk rekod, Kyrkystan merupakan pasukan yang menduduki ranking ke-100 dunia FIFA manakala Malaysia menduduki ranking ke-138 dalam FIFA.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast