Keadaan kereta Safiq Rahim yang dipecahkan dengan tukul oleh dua individu dalam kejadian di Jalan Sri Gelam, Johor Bahru malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kereta pemain tengah JDT, Safiq Rahim dipecahkan individu dengan tukul besi dalam kejadian di Jalan Sri Gelam, di Johor Bahru malam tadi.

Kejadian itu berlaku selepas pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid di pusat beli-belah Kota Damansara sehingga menyebabkan kelecuran tahap empat.

Menuru laporan polis yang dibuat oleh Safiq di Balai Polis Larkin, kejadian itu berlaku jam 10,05 malam Ketika dia memandu kereta dari Pusat Latihan JDT menghala ke Pantai Lido.

Dia telah didatangi sebuah motosikal dinaiki ua lelaki dan pemboncengnya bertindak mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk bahagian belakang cermin kereta.

May be an image of ticket stub and text

“Akibat terkejut, saya menghentikan kereta, kedua lelaki terbabit berhenti di hadapan kereta sambal menunjukkan tukul dan saya mengundurkan kereta kerana ketakutan,” menurut Safiq dalam laporannya.

Kes berkenaan sedang disiasat di Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Polis masih mengesan dua suspek yang terlibat.

Sebelum insiden menimpa Faisal, seorang lagi pemain Terengganu FC, Akhyar Abdul Rashid cedera selepas diserang dan disamun oleh dua individu di Kawasan kediamannya.

Kejadian itu menyebabkan dia cedera di kepala dan kaki. – MalaysiaGazette