Prof. Mazliham Mohd. Su’ud (kiri) bertukar dokumen MoU dengan Nilson Chong di MMU Cyberjaya, baru-baru ini.

CYBERJAYA – Universiti Multimedia (MMU) dan Nichcom Go Sdn. Bhd memeterai Perjanjian Persefahama (MoU) untuk membentuk kerjasama membangunkan kenderaan elektrik (EV) serta kemampanan alam sekitar negara.

Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su’ud berkata, usaha sama ini seiring dengan gelombang digitalisasi dan automasi di seluruh dunia yang turut menyaksikan pembangunan dalam sektor EV.

“Kami akan terus komited untuk menyediakan persekitaran dinamik yang akan mendorong inovasi, penyelidikan, dan usaha keusahawanan dalam bidang EV.

MoU ini juga bertujuan untuk memperkasakan potensi pelajar dalam membangunkan inovatif bidang ini yang boleh membuka ruang untuk melahirkan generasi usahawan pada masa akan datang.

“Terdapat dua bahagian penting dalam MoU, iaitu pengenalpastian potensi untuk menubuhkan stesen cas EV di seluruh negara serta pelaksanaan program untuk meningkat kesedaran orang awam terhadap EV,” tambahnya.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani Mazlihan dan pengasas yang juga merangkap Perangah Nichcom, Nilson Chong Sin Hau, baru-baru ini. – MalaysiaGazette