Dalam video yang disiarkan Oriental Daily itu, seorang penduduk kelihatan mempersoalkan Gerakan yang tidak berjuang meletakan calon keturunan Cina dari Gerakan untuk bertanding dalam Kuala Kubu Baharu.
Pengundi itu juga tidak berpuas hati kerana Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon yang tidak dikenalinya.
“Yang patut anda (Gerakan) memperjuangkan, tetapi anda tidak memperjuangkan, tetapi memberi laluan kepada calon Melayu.
“Macam mana saya mahu mengundi (calon PN) ini kerana saya tidak mengenalinya,” kata uncle itu semasa “sound” Dominic.
Walaupun dipertikaikan, tetapi Dominic kelihatan berdiam diri dan tidak memberi balasan.
Pada pilihan raya negeri pada 2023, PN meletakkan calon dari Gerakan di Kuala Kubu Baharu, tetapi calon itu dikalahkan oleh calon DAP, Lee Kee Hiong yang bertanding menggunakan panji PH.
Semasa berkempen, Dominic berkata, pengundi Kuala Kubu Baharu harus memenangkan calon PN bagi menghantar mesej tentang kekecewaan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri dan DAP.
Menurutnya, dengan menyokong PN, pengundi juga menghantar desakan kepada kerajaan untuk mengotakan pelbagai janji yang pernah diberikan.
“Beritahu kerajaan semasa bahawa rakyat sangat susah sekarang dan rakyat tidak menyokong mereka.
“Ini merupakan satu-satunya peluang untuk menunjukkan bahawa rakyat merupakan bos,” katanya. – MalaysiaGazette
Adakah uncle itu kenal calon PH? Sedangkan calon PH pun bukan org tempatan. Kalau letak calon Melayu, terus jd tak kenal? Letak calon Cina, terus dia boleh kenal? Wow.. racist at the highest level