Wednesday, May 29, 2024
Home Sukan Tiada aduan ke atas pemilik akaun media sosial cetus kebencian pada pemain...

Tiada aduan ke atas pemilik akaun media sosial cetus kebencian pada pemain bola

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) belum menerima laporan terhadap pemilik akaun media sosial yang membuat hantaran bersifat serangan peribadi terhadap pemain bola sepak kebangsaan dan individu tertentu mempunyai kaitan dengan sukan berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, SKMM hanya akan mengambil tindakan sebaik sahaja menerima aduan rasmi tersebut.

“Secara umum SKMM akan mengambil tindakan berdasarkan aduan yang diterima secara rasmi, apabila ada pihak membuat aduan sama ada melalui nombor talian di aplikasi WhatsApp, Aduan MCMC atau di laman web MCMC.

“Namun, setakat ini saya tidak menerima laporan daripada SKMM sama ada terdapat pihak membuat aduan terhadap laman web berkenaan,” katanya.