KUALA LUMPUR – Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun-ke-tahun pada suku tahun pertama 2024 untuk merekodkan sebanyak RM594.5 bilion
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan sebanyak 6.1 peratus disumbangkan oleh prestasi yang menggalakkan bagi semua segmen di bawah sektor perkhidmatan.
Peningkatan ketara dicatatkan oleh segmen perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan yang meningkat RM23.3 bilion kepada RM451.6 billion diikuti oleh segmen maklumat & komunikasi dan pengangkutan & penyimpanan (+RM5.2 bilion; 6.7%), segmen profesional, hartanah dan pentadbiran & khidmat sokongan (+RM3.3 bilion; 9.5%) dan segmen Kesihatan Swasta, Pendidikan Swasta, Kesenian, Hiburan &
Rekreasi dan Perkhidmatan Persendirian & Lain-lain Aktiviti (+RM2.4 bilion; 12.7%).
Analisis perbandingan suku tahun-ke-suku tahun, jumlah hasil merekodkan kenaikan 0.5 peratus berbanding suku tahun keempat 2023 didorong oleh segmen maklumat & komunikasi dan pengangkutan & penyimpanan yang meningkat 1.4 peratus (+RM1.1 bilion) diikuti oleh segmen profesional, hartanah dan pentadbiran & khidmat sokongan (+RM0.9 bilion; 2.3%).
Segmen perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan (+RM0.7 bilion; 0.2%) dan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta, kesenian, hiburan & rekreasi dan perkhidmatan persendirian & lain-lain aktiviti (+RM0.5 bilion; 2.3%).
Pendapatan e-Dagang mencatatkan nilai sebanyak RM293.2 bilion iaitu bertumbuh 0.5 peratus tahun-ke-tahun pada suku tahun pertama 2024.
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-Dagang meningkat secara marginal sebanyak 0.5 peratus.
Mohd Uzir menambah, jumlah pekerja dalam sektor ini adalah seramai 4.4 juta orang, meningkat 72,200 orang atau 1.7 peratus tahun-ke-tahun dipacu oleh subsektor perdagangan borong & runcit dengan peningkatan sebanyak 41,500 orang atau 2.1 peratus, diikuti subsektor pengangkutan & penyimpanan (+14,600 orang; 4.0%).
Bagi suku tahun-ke-suku tahun, jumlah pekerja bertumbuh 0.1 peratus, meningkat 5,800 orang.
Sementara itu, gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.0 bilion atau 3.3 peratus tahun-ke-tahun disumbangkan oleh
subsektor perdagangan borong & runcit dan pengangkutan & penyimpanan yang masing-masing bertambah sebanyak RM0.4 bilion (+2.8%) dan RM0.1 bilion (+5.3%).
Bagi perbandingan suku tahun-ke-suku tahun, gaji dan upah berkembang 0.8 peritus untuk mencatatkan RM32.3 bilion pada suku tahun pertama 2024. – MalaysiaGazette