Anggota bomba mengeluarkan mangsa, lelaki warga asing yang tertimbus di UMW Site di Serendah, pagi tadi. Foto JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing maut selepas tertimbus di dalam tanah di tapak kilang di Serendah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.31 pagi daripada orang awam.

Mangsa, 28, dipercayai berada di lokasi kejadian untuk berjumpa rakannya bagi mencari pekerjaan.

Pihak bomba dari Bukit Sentosa yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa tertimbus ke dalam tanah pada kedalaman sehingga empat meter akibat struktur tanah yang agak lembut akibat hujan yang kerap setiap hari.

“Mangsa berjaya dikeluarkan lebih kurang 11.50 pagi tetapi disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Serendah,” katanya di ini.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut – MalaysiaGazette