Mazlan Hassan

TEMERLOH – Seorang lelaki tidak berbaju ditemui mati di tempat duduk belakang kereta tanpa baju di sebuah kebun getah dekat Jalan Belenggu di sini hari ini.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu  ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 7.30 pagi tadi.

”Sampai di lokasi kejadian polis mendapati sebuah kereta berada di bahu jalan di kawasan kebun pokok getah. Mangsa merupakan lelaki India dalam keadaan berbaring di bahagian belakang tempat duduk penumpang dalam kenderaan disyaki telah meninggal dunia di dalam kereta itu.

”Mangsa ditemui dalam keadaan hanya memakai seluar dan tidak berbaju ketika dijumpa saksi lelaki yang juga berbangsa India,” katanya.

Menurut Mazlan, hasil temu bual dengan saksi  menjumpai si mati  dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam lebih kurang 7.15 pagi yang terus bertindak menghubungi pihak polis.

Tiada unsur-unsur jenayah atau khianat terhadap si mati dan mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah  (HOSHAS) untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette