Azam Baki.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi perkenan melantik semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, penyambungan perkhidmatan Azam disambung selama satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei depan.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Yang Berbahagia Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024,” katanya dalam kenyataan.

Azam mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Kontrak beliau tamat pada 12 Mei ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast