Datuk Seri Saarani Mohamad

LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak akan menyumbang RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi, Azhar Khaiden yang terkorban dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan berkenaan juga akan diberikan kepada tiga lagi mangsa nahas tragedi helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) April lalu.

Menurut beliau, semua penerima sumbangan merupakan anggota keselamatan yang berasal dari Perak.

“Kerajaan Perak akan menyumbang wang tunai RM5,000 peruntukan bukan sahaja kepada anggota polis yang terkoban malah juga mangsa nahas helikopter,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran dan Perasmian Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong, di sini, pada Sabtu.

Berita lanjut menyusul….