Ebrahim Raisi

TEHRAN – Mayat Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter telah dikenal pasti, oleh itu tiada keperluan menjalankan ujian DNA.

Ketua Pertubuhan Pengurusan Bencana Iran, Mohammad Hassan Nami berkata, semua mayat itu boleh dikenali dan telah dipindahkan ke Pertubuhan Perubatan Undang-undang.

Presiden Raisi dan rombongannya, termasuk Menteri Luar Hossein Amirabdollhian dalam perjalanan pulang dari sempadan dengan Azerbaijan selepas merasmikan projek empangan, apabila helikopter mereka terhempas dalam keadaan cuaca buruk di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Para petugas mencari dan menyelamat menemui lokasi nahas di hutan Dizmar yang tebal di Wilayah Azerbaijan Timur awal Isnin selepas operasi selama 18 jam kerana dihalang oleh kabus tebal, hujan dan muka bumidi kawasan itu.

Nami berkata, semua mayat itu boleh dikenali walaupun melecur.

Antaranya, jenazah Ayatollah Mohammad Ali Al-e Hashem, imam Solat Jumaat Tabriz, berada dalam keadaan baik, tambahnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast