Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka bertitah, keharmonian antara kaum sentiasa menjadi tunjang perpaduan negara.

“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – MalaysiaGazette