Tuesday, June 25, 2024
Home Sukan Euro 2024: England gugur Rashford, Sancho

Euro 2024: England gugur Rashford, Sancho

Euro 2024 bermula dari 14 Jun ini hingga 14 Julai depan.

LONDON – Menjelang beberapa minggu lagi sebelum Kejohanan Euro 2024, England tampil menamakan senarai 33 pemain yang akan menyertai kem latihan pra Euro 2024.

Ia menyaksikan 33 nama yang dipanggil ini bukan yang terakhir di mana tujuh pemain akan disingkirkan bagi melengkapkan senarai 26 pemain yang akan dibawa ke Jerman bulan depan.

Menariknya, tiada kelibat bintang Manchester United, Marcus Rashford dalam senarai itu.

Ia juga melibatkan pemain finalis Liga Juara-juara Eropah musim ini, Jadon Sancho.

Lebih menarik perhatian, saingan bagi merebut tempat sebagai penyerang utama The Three Lions pasti akan menjadi menarik kerana seramai 12 pemain telah disenaraikan bagi posisi itu untuk kem latihan terakhir ini. – Agensi