Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah pertuduhan rasuah di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, ini ini berdepan dengan pertuduhan rasuah.

Tertuduh, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad akan dibicarakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau yang memakai kot gelap menundukkan muka bagi mengelak gambar dirakam jurufoto media ketika tiba di pekarangan mahlamah.

MalaysiaGazette difahamkan tertuduh akan berdepan dua pertuduhan pagi ini dan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Shah Alam esok. – MalaysiaGazette