Nor Zamri Latiff

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Nibong Tebal dilaporkan menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ pada jam 1.38 tengah hari.

Perkara itu disahkan Setiausaha Pas negeri, Iszuree Ibrahim.

“Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh jam 6 petang ini,” katanya ringkas.

MalaysiaGazette pada 1 Mei lalu melaporkan Nor Zamri ditidurkan selepas dimasukan ke HSJ akibat komplikasi bahagian perut.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15, Ogos lalu, Nor Zamri menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – MalaysiaGazette