SEramai 51 warga asing termasuk 41 wanita asing terlibat pelacuran di sebuah premis kebal menawarkan aktiviti tidak bermoral itu lebih tiga dekad di ibu negara digempur 23 Mei lalu.Ihsan JIM Putrajaya.

KUALA LUMPUR- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 51 individu kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran dan rumah urut dalam serbuan di Jalan Pasar Baru, di sini, kelmarin.

Daripada jumlah itu, daripada jumlah itu, seramai 37 orang adalah wanita warga Vietnam, tiga wanita warga Indonesia, seorang wanita warga Myanmar, lima lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Vietnam dan masing-masing seorang lelaki warga India, Pakistan dan Indonesia.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Ruslin Jusoh berkata, berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis pelacuran itu.

SEramai 51 warga asing termasuk 41 wanita asing terlibat pelacuran di sebuah premis kebal menawarkan aktiviti tidak bermoral itu lebih tiga dekad di ibu negara digempur 23 Mei lalu.Ihsan JIM Putrajaya.

“Kesemua suspek warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan berusia lingkungan antara 24 hingga 54 tahun seramai 41 wanita daripadanya dipercayai menawarkan khidmat pelacuran dan urut badan di premis malam beroperasi lebih tiga dekad itu.

“Pemeriksaan lanjut di premis itu berjaya membawa pasukan operasi merampas sebanyak 19 naskhah pasport Vietnam, dua naskhah passport Bangladesh, empat botol minyak urut dan kondom,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi yang bermula pada jam 10.20 malam itu melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan
Imigresen Malaysia Negeri Perak.

Menurut Ruslin, siasatan mendapati premis itu menawarkan perkhidmatan urut badan dan aktiviti pelacuran kepada pelanggan yang terdiri daripada warga asing dan tempatan.

Lelaki warga asing disyaki pelanggan turut ditahan JIM dalam Op Khas ke atas premis pelacuran kebal 30 tahun di Ibu Negara 23 Mei lalu.Ihsan JIM Putrajaya

Tambah beliau, siasatan juga mendapati perkhidmatan urut badan dijalankan di tingkat bawah premis manakala aktiviti pelacuran dijalankan di tingkat satu bangunan itu.

“Kita mendapati pelanggan akan memilih perempuan warga asing untuk dilanggan mendapatkan khidmat seks dengan bayaran sebanyak RM80 hingga RM150 sejam dibuat di dalam bilik di tingkat yang lain premis yang terlibat lebih 30 tahun dalam kegiatan tidak bermoral itu.

“Semasa serbuan, perempuan warga asing yang berada di premis itu panik dan cuba melarikan diri mengikut pintu belakang dan bersembunyi namun segala usaha mereka berjaya dipatahkan oleh anggota serbuan di lokasi.

“Terdapat juga pelanggan yang cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan cuba menghalang anggota melakukan penggeledahan di premis pelacuran itu namun tindakan tersebut turut berjaya digagalkan imigresen,” ujarnya.

Ruslin berkata, kesemua 51 warga asing termasuk 41 wanita yang disyaki melacur ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1966, Akta Pasport 1966 dan ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seramai 51 warga asing termasuk 41 wanita asing terlibat pelacuran di sebuah premis kebal menawarkan aktiviti tidak bermoral itu lebih tiga dekad di ibu negara digempur 23 Mei lalu.Ihsan JIM Putrajaya.

Selain itu katanya, seramai lima lelaki warga tempatan dari pusat pelacuran itu diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette